ALOR SETAR: Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun cedera parah akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Simpang Empat di sini malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis menerima panggilan daripada sebuah hospital swasta di daerah ini yang memaklumkan menerima seorang pesakit dengan beberapa kesan tikaman.
Katanya, mangsa yang bekerja sebagai jurujual itu mendapatkan rawatan di hospital terbabit kira-kira jam 9 malam dengan kesan tikaman di bahagian badan serta pendarahan di paru-paru kanan.
"Pihak hospital merujuk mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut pada jam 12.30 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Ahmad Shukri memberitahu, hasil soal siasat mangsa dipercayai bertengkar mulut dengan seorang rakannya yang bekerja sebagai mekanik ketika mereka sedang minum di sebuah kedai di Jalan Simpang Empat.
"Kedua-dua mereka yang dipercayai dalam keadaan mabuk kemudiannya bergelut sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
"Polis bagaimanapun sudah menahan suspek berusia 60-an dan merampas sebilah gunting.
"Kes disiasat mengikut Akta 326 Kanun Keseksaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 07 2022
Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun cedera parah akibat ditikam dalam satu pergaduhan di Simpang Empat di sini malam Isnin. -Gambar hiasan/freepik
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Nancy berkata, ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas. Pihaknya kini merancang untuk memasukkan vaksin itu di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
Wanita maut ketika jalani latihan menyelam
Mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke HSB.
Polis serbu sarang penagihan dadah, 21 individu ditahan
Operasi itu bertujuan bagi melakukan pemutihan di kawasan panas bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap penagih.
Polis tahan dua lelaki disyaki curi motosikal
Hasil semakan mendapati motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki kedua-dua suspek baru sahaja dilaporkan hilang pada 5 Ogos.
120 ditahan jadikan kawasan rekreasi Gunung Keriang litar lumba haram
Sejumlah 86 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal motosikal dan 30 pemandu kereta.
Pelajar tingkatan 5 ditemukan lemas dalam kolam terbiar
Jasad Muhammad Hadwan ditemui pasukan bomba dalam keadaan tertiarap di dasar kolam pada jam 10.49 malam.
Lelaki cedera parah ditikam rakan
Kedua-dua mereka yang dipercayai dalam keadaan mabuk kemudiannya bergelut sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
Wanita terlibat kegiatan pecah rumah, kenderaan ditahan
Hasil semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod kesalahan jenayah dan dadah.
Rentas negeri: Individu guna kad vaksinasi palsu akan dikenakan tindakan tegas - Polis
Pasukan pemantau akan melakukan pemeriksaan secara rawak untuk memastikan semua individu lengkap vaksinasi ketika berada di tempat awam.
PKPD Kuala Kedah: SOP lebih ketat - Polis
Polis akan melakukan kawalan lebih kerap menerusi jalan darat dan laut sepanjang tempoh dua minggu tersebut.
Polis siasat dakwaan Exco Kedah langgar SOP
Polis Kota Setar menerima satu laporan berhubung kejadian yang turut melibatkan beberapa individu lain itu, selepas gambar mereka tular.